Saturday, 19 January 2013

apa itu AP set?


Apa itu RRP dan AP?
First thing sy nak beritahu before korang tengok list harga kat bawah, korang perlu tahu dulu apa itu RRP dan AP. Lihat explanation sy di bawah ni.
RRPSingkatan daripada Retail Recommended Price (Harga Official) atau istilah lain yang orang selalu dok sebut ialah harga untuk handphone Original Set.
APSingkatan daripada Approved Product atau istilah yang biasa kita dengar ialah harga untuk handphone AP set.
Perbezaan RRP dan AP
Huhhh, apa beza handphone Original vs AP ni? Okay, baca explanation sy ni elok-elok. Perbezaan ketara handphone AP set dan Original set ialah perbezaan pengedar dan waranti jea. Sy ambil contoh kat sini, handphone Nokia Lumia 800. Untuk makluman, Nokia Lumia 800 AP set juga dibuat di kilang Nokia. Cuma semasa diedarkan, ia tidak melalui pengedar yang diiktiraf oleh Nokia. Kalau handphone itu diedar melalui pengedar yang diiktiraf Nokia, ia akan bertukar menjadi set Original dan sudah tentu harganya lebih mahal. Untuk waranti pulak, AP set selalunya memberi servis waranti selama 15 bulan berbanding Original set yang menetapkan hanya selama 12 bulan dari tarikh pembelian sahaja. Cuma apa yang menarik tentang Original set ni, tempat nak tuntut waranti ni banyak cawangannya. So kalau korang suka travel, ambik Original set. Kalau korang punya rumah dekat dengan kedai handphone yang korang beli tuu, better beli AP set jea.
Satu lagi, apa yang membuatkan handphone Original set mahal, waranti 12 bulan itu akan recover untuk semua kerosakan manakala waranti 15 bulan AP set hanya recover certain kerosakan sahaja. Untuk aksesori pembelian, ia lengkap sama seperti Original set jika korang memilih untuk membeli handphone AP set dalam keadaan Full Set. Ya, AP set membenarkan pembeli untuk membeli sama ada handphone sahaja atau Full Set yang lengkap dengan kotak dan aksesori sama seperti Original set.
Sy merupakan salah seorang pengguna handphone AP set dan untuk makluman,Sy tidak pernah membeli sebarang handphone Original set setakat ini. Buat apa nak bayar mahal-mahal untuk waranti? Kalau jaga elok-elok, Insya’Allah tak rosak. Melalui pengalaman sy, handphone AP set yang sy beli tidak pernah lagi mengalami sebarang kerosakan. sony Ericcson K810i merupakan salah satu handphone AP set yang sy pernah beli. Tiga tahun sy menggunakannya. Sudah terjatuh banyak kali, tapi still berada dalam keadaan yang kukuh. Tidak pernah pulak meragam. Ini kerana seperti yang sy cakap, AP set dan Original set juga dibuat di kilang jenama yang sama. Cuma pengedar sahaja yang berlainan. Kualiti tetap sama seperti Original set. Jadi, tak perlulah korang memandang enteng dan risau dengan handphone AP ni yea.
Selepas membaca panjang lebar explanation sy di atas, hahh, sekarang bolehlah korang tgk model mana yang korang berkenan dan kalau nk beli contact sy k..semua dijamin new set dan bukan secondhnd k..;)

No comments:

Post a Comment